Hai semorang! :D
Oklah sebelum tengok resepi moh ler tengok hasilnya dulu. boleh camtu? haha!
| ramai tak percaya tia boleh buat kek ni! tia pon bila tengok hasil macam tak percaya *lap peluh* anda percaya? percayalah woi! aku buat pepenat ni! grrrrr! |
Nak buat rainbow kek ni memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. macam kes tia, memerlukan kesabaran yang tahap DOUBLE TRIPLE punya tinggi sebab start buat pukul 8 malam tiba tiba pukul 10 blackout! pukul 11 nasib ada elektrik balik. nasib jugak time tu takde kek dalam oven. nasib nasib...
Tahap kesabaran yang tinggi juga digunakan bila membakar kek ini selapis demi selapis. mula mula try 2 lapis tapi yang lapis bawah tu tak masak habis. terpaksa keluarkan yang atas then kena bakar balik yang bawah dalam 5 minit. so lapisan seterusnya terpaksalah buat satu persatu. Masa blackout tu tinggal selapis je lagi nak siap -_-
Tahap kesabaran seterusnya apabila dalam pukul 1.20 pagi tetiba blackout! AGAIN! dalam pukul 2 baru ada elektrik balik. so startlah meletakkan krim di sekeliling kek. time ni pon memerlukan kesabaran yang tinggi jugak sebab tia first time buat kek besar cenggini. nak ratakan krim kek bagi rata seratanya dan nampak licin adalah sangat sangat payah. sampaikan ayah pon tension tengok and dia ajar sapu krim kek tu macam sapu simen dekat batu bata. hahaha! thanks ayah! tapi lastly, tak rata sangat pon... meh close up sikit gambar kek..
| ok. sila jangan gelak. jangan gelaklah! pfttttt! :( |
tapi bila potong nampak cantikkkkk bangat dengan kalerfulnyaa lagi. awwwhhhh~
tapi yang spoilnya bila warna merah and oren nampak sama. warna kuning pulak nampak macam warna oren. sigh~ but itsokey. nama pon FIRST TRY kan? jadi lettew! hikhik!
resepi diambil dari blog ibu cergas! link kat SINI :)
Raibow Cake
426 g sugar (tia kurangkan jadi 400 g)
5 telur putih, room temp
1 sudu kecil vanilla
426 g tepung gandum
1 tsp baking powder
½ sudu kecil garam
355 ml susu segar, room temperature
1. Panaskan oven 160C.
2. Sediakan loyang 6 inci yang dilapik dengan kertas pembakar.
3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
4. Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna pucat.
5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.
6. Masukka esen vanila.
7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung. Kacau sehingga sebati.
8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. *tia bahagikan 3 senduk kecil setiap 6 bahagian ikut cara masing masing nak bahagikan macam mana * :)
9. Bakar dalam oven untuk 25 minit bagi setiap loyang. *ni ikut oven tia*
Italian Meringue Buttercream
120 ml air
7 biji putih telur
680 g unsalted butter *tia guna salted butter mcm ibu cergas jugak* haha!
1 sudu kecil vanilla extract
1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama.10 ke 15 minit.
ni hasil rainbow cake ibu cergas. warna rainbow dia lawaaaa! i is jelly :(
![]() |
| lawa kan? kannn? picture from HERE. |
okbai! selamat mencuba! :)









